busybusybusy
2 weeks (is it 3 now?) into new semester; unbelievably hectic! I love it!
I'm the kind of guy who loves being busy even though I complain a lot. Strange.
Kaka does not want to go to Man City, thank god for that.
The Saudi royalty pledged a few billions to the Palestine people, so I have to take back my words after what I had said about the Arabs. Sorry. Haha!
I will complete a tag first (courtesy of Yat n John) before I continue with my travel log maybe tomorrow.
1. Apabila telah terpilih dengan malangnya, silalah menulis 16 perkara paling rawak sama ada tentang fakta, perangai tak senonoh ataupun hala tuju hidup anda.
2. Silalah hasut 16 orang lain untuk melakukan perkara ini.
3. Sila tanda manusia yang telah menanda anda di peringkat awal.
4. Ketahuilah, jika anda terpilih ia adalah kerana anda juga manusia biasa yang perlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya ketika bayi.
1) 16 perkara banyak sangat. Siapalah cipta tag ni.
2) Dah kurang 1, 15 lagi.
3) Dah kurang 2, 14 lagi. Haha!
4) Ashraf ialah Arsenal. Arsenal ialah Ashraf. Ambil Arsenal dari Ashraf, tiada lagi Ashraf.
5) Aku tak suka orang panggil aku 'Acap'. Nak panggil Ashraf, Ash, Fuad, Raf, semua boleh. Jangan Acap.
6) Aku Jawa totok yang tak reti makan tempe. Cakap la apa2 pon.
7) Lelaki berjiwa sensitif. Ececece! Kalau kau tak sensitif, kau batu.
8) 6 tahun belajar bawah sistem PNG(GPA), tak sekali pun pernah dapat Anugerah Dekan.
9) Tapi dapat UPSR 5A, PMR 8A, SPM 8A1B. Jadi, apa masalah aku?!
10) Cita2 menjadi juruterbang sejak kecil tapi situasi mungkin tak mengizinkan cita2 tu diikuti.
11) Dulu aku ada adik lelaki. Betul tak tipu.
12) Ayah aku kata, aku rajin tapi tak sistematik. Adik aku pula sistematik, tapi tak rajin. Last man standing; aku.
13) Cepat lemah semangat. Selalu takde motivasi diri.
14) Aku bukan optimis maupun pesimis. Aku realist. Orang kata aku pesimis, tapi aku bergantung kepada fakta. Fakta mengatakan aku tak bagus.
15) Aku memang hantu lagu rock. Pasang kuat2 sebab nk fokus kat gitar, bass, dram. Aku suka metal sebab dia fokus kat semua tu. Kalau la tau main gita. Indah.
16) Aku tak suka pergi kubur adik aku sebab nama dia ada. Aku masih sukar menerima hakikat bahawa kawan baik aku sudah meninggalkan aku dahulu. Apa kau rasa kalau adik kau meninggal dulu sebelum kau?
Sesiapa yang ada hajat nak buat tag ni silakan.
1 comment:
hahaha, acap!
Post a Comment