Sunday, January 11, 2009

Boikot?

Aku tahu sekarang ni semua tengah bersemangat membenci Rejim-Zionis-Ganas-Pengganas-Hisap-Darah-Berlagak-KerasKepala-BajetPower-BapakAmerika-TakCukupTanah Israel.
Macam2 aku baca dan dengar kat berita sekarang nih.
Resolusi gencatan senjata UN - Hamas dan Israel tolak.
Bilangan mangsa kekejaman yang mati - 700+
Protes dari seluruh dunia (terkejut orang Jepun protes. Tak tau kenapa terkejut)
Malaysia tu dah biasa, sejak dulu sampai sekarang kita anti-Israel.
Bagaimana kita protes?
Cara biasa juga, tapi x pernah jalan dan x pernah berhasil; BOIKOT BARANGAN AMERIKA.

Aku baru sahaja lepas membaca akhbar The New Straits Times, dan di dalam ada sebuah artikel yang membuktikan kenapa boikot tersebut x mungkin berhasil dan x akan jalan.

Okay, ini apa yang aku fikir. Relevan ke, tak.

1)Syarikat Amerika ni, bila ke Malaysia, pemilik nya orang Malaysia la, bukan begitu? Milik Amerika hanyalah brand dia sahaja. Nama. Bayar royalti.
Jadi, bos orang Malaysia, pekerja orang Malaysia. Gaji pakai duit Malaysia, cukai pun bayar duit Malaysia. Betul? Malaysia dapat duit tu.

2)Sekarang cuba senaraikan jenama2 Amerika yang selalu digunakan dalam rumah kita, tak pun yang selalu kita pakai. Ada iPod? Barang Amerika. Laptop jenama apa? Hewlett-Packard (HP) atau Dell, Macintosh (iMac)? Barang Amerika. Software, Windows? Amerika. Linux? Amerika jugak. Kasut dan baju? Nike, Adidas, Hilfiger, macam2 lagi la. Amerika jugak (tapi dibuat di China dan Indonesia). Beg? Same jugak. BUKU TEXT. Yang karang tu orang Amerika kan? Syarikat Amerika jugak kan? Kita boikot, jimat sikit duit aku, alasan pun ada kalau tak mahu stadi.

3)MAS dan AirAsia pakai kapal terbang Boeing dan Airbus. Boeing tu Amerika punya, Airbus tu Perancis. Boeing paling banyak dipakai. RMAF pakai jet pejuang F/A 18D Hornet buatan Boeing. Kenderaan yang dijual dan dipakai di Malaysia? "Big Three" Amerika : GM, Ford, Chrysler. Mereka mengeluarkan Chevrolet, Ford, Jaguar, Mazda, Volvo, Aston Marin, Jeep. Mazda dengan Ford aku nampak banyak di atas jalan Malaysia. Aku pakai Ford. Boikot? Kita tak boleh terbang dan mempertahankan Malaysia. Nak bawak kereta boleh lagi kot.

4)Media massa. CNN, StarWorld, MTV. Amerika. Tengok wayang? Hollywood, Amerika. Transformers, Amerika (ciptaan Jepun, tapi produksi Amerika). SpiderMan, Amerika. YouTube? Amerika. Firefox? Amerika. GoogleChrome? Google tu kan Amerika...

5)Hisap rokok? British American Tobacco, ada Amerika jugak walaupun asalnya British. Produk mereka? Dunhill, Kent, Lucky Strike, Pall Mall, Peter Stuyvesant, Benson & Hedges, Winfield. Rokok Texas yang dikatakan murah tu. Texas tu bukan daerah dalam Amerika ke? Tempat Bush. Tak tau la rokok tu buatan Amerika ke, tak. Boleh ke boikot? Haha

Pendek kata la, kita rakyat Malaysia ni sebenarnya terlalu bergantung kepada produk Amerika. Ada juga dari kita yang memperolehi sumber pendapatan dari produk tersebut. Amerika negara ekonomi kuat. Banyak negara bergantung kepada Amerika. Kalau Amerika tetiba pupus, ekonomi dunia hancur. Malaysia pun ade pelabur Amerika. Nak boikot Coca-Cola, Starbucks, McDonalds (sekarang nih nak Carl's Jr. Amerika gak tu). Mampu ke kita? Merosakkan masa depan rakyat Malaysia yang ikhlas mencari sumber pendapatan kat syarikat2 tersebut? Tak boleh tu. Salah cara.

Kita berjihad. Bukan dengan boikot, tetapi dengan usaha. Titik peluh. Belajar bersungguh-sungguh, tingkatkan ekonomi negara, jadikan negara kita setanding atau lebih hebat dari Amerika. Camtu la caranya. Tapi nak hancurkan Israel? Boleh je. Aku sokong resolusi. Haha. I kid.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Apa lagi? Belajar la!

3 comments:

Anonymous said...

jacker said:
semangat bru nie
belajar bersungguh2..
cayok

Orang said...

1 hari 10 ms!

oyen said...

err.

camne tu gaknye?