Terase ingin benar mau menulis.
Tapi itulah, bila mood mendatang, isi pula tiada. Bila isi ada, mood pula tiada.
Macam biskut chipsmore.
Maka, kembalilah ke tujuan asal blog ini dicipta, Random Rambling ataupun dalam Bahasa Melayu nya bermaksud Bebelan Spontan. Hahahahaha!
Bebelan 1 :
Kerja di pejabat sangat membosankan. Walaupun kerja audit seperti tidak perlu memerah otak tidak seperti belajar, tetapi disebabkan syarikat yang diberi adalah sangat kecil, kerja disiapkan dengan amat cepat. Masalah bermula selepas itu. Apa yang boleh ku lakukan sepanjang hari tanpa kerja??? Walaoweh... sangat membosankan. Tak pun kami (ada dua pelatih termasuk diri ku) diberi kerja budak ofis; fotostat, binding, fax, cari dokumen, pergi stor ambil fail, filing, semua kerja yang amat penting tetapi tidak disukai pekerja senior.
Bebelan 2 :
Dikatakan syaitan amat gemar menghasut orang yang didalam kesedihan, kecelaruan dan orang yang tengah berangan. Benar sunguh kenyataan tersebut. Sepanjang masa ku tiada kerja, termenung menjadi aktiviti nombor satu. Bila sudah termenung, maka terbayanglah waktu suka duka yang telah ku tempuhi bersama dengan arwah adik ku ketika kami bersama dahulu.
Syaitan berbisik kepada ku lalu ku terfikir : "Apa dosa yang telah aku buat sehingga Allah S.W.T. mengambil adik ku?", "Besar sungguh ke dosa ku sehingga Allah S.W.T. ambil adik ku sebagai balasan?", "Aku ni abang yang teruk ke kerana tak dapat melindungi adik aku?", "Kenapa emak memberikan aku seorang adik lelaki? Kan senang kalau aku tak merasai bagaimana seronoknya ada seorang adik lelaki..." dan banyak lagi bisikan syaitan ke telinga ku. Apabila ianya melarat, ku ambil jalan mudah; naik tingkat 3, ambil air sembahyang, sembahyang sunat. Lega....
Bebelan 3 :
Sangat bosan. Sangat kesunyian. Mau berbual2 dengan orang yang mempunyai minat yang sama, lagi2 bab anime dan manga. Malangnya teman ku yang paling rapat sudah tiada di dunia. Apa boleh ku buat? Itu takdir. Pandai2 lah aku mengisi kekosongan dalam jiwa ini. Syukur Syahidatul ada sebagai teman.
Rasanya kalau teruskan melalut akan melarat. Bila aku baca balik post ini terase isinya sangat bosan. Itu lah hasilnya kalau penulisan tiada plot. Hahaha! Cukup2.
Sekian dari saya. Terima kasih kerana membaca.
9 comments:
sabar la wahai sahabat.tiap yg diuji 2 pasti ada ganjaran menunggu.
maybe bukan menjauhkan diri tp mungkin c gadis mahukan perhatian lebih dari kamu lalu beliau menarikmu dgn care mendiamkn diri.kenali diri anda dan teman.rapatkn hubungan anda dgn care yg baik.semoge berjaya!
hah!
itu dia!
nasihat dripada cikgu pendidikan moral.haaha
biasala tu..si gadis makin lama camtula,need more attention than before...e2 tandanya dia makin sayang..haha
ehem, bebelan 3 tu menarik. haha, siapa ek gerangan syahidatul tu? xnah dgr plak namanya.
anyway, camna ngan plan ko tu. jd ke x? kalau jd, bgtau awal2 sbb nk bajet masa. just bimbang terkena masa exam, nnt x best la kalau kena masa exam.
wah! bijak nye comment 1, 2, 3...
anak murid dga ke ckap cekgu2 tu? :P
uwaa...bebelan ashraf menarek ye??hmmmm... AGREED!:))
spanjang aku practical ni ade la sehari dua yg aku mmg xde keje! habis satu akaun company ni, mesti ade lg satu kena wat. kadang2 dlm satu mase kena wat dua akaun skaligus. xpecah kpala nak igt sume benda~
hargailah mase yg terluang smasa practical!
aku start cuti 12 kot, tp mgu lps tu ada kena p sejam dua saja. ok, no hal. sila la bertandang
sama, kekadang bila mood mahu menulis tu datang tapi tidak tahu utk menulis hape hu-hu
apapun selamat bekerja disana...
apabila tuan punya nama dah berbunyi...haha
xpe ash,biasala tu camtu...its a normal thing to be like dat
Post a Comment