Friday, July 13, 2007

Racial unity

Tadi pagi aku bangun lambat, pukul 8! Selalu aku pegi kelas pukul 730.
Aku x sedar alarm hp aku, mak aku plak ingat aku punye kelas pukul 1030!
Bangun2 tu terus mandi pastu blah x sarapan.
Gelabah punye pasal, sampai kt jejantas SS19, jam macam ape, aku pusing balik. haha!

Tetibe rasa lapar, ye la x sempat sarapan, pegi kedai mamak Fawwaz kt SS14. Mee Goreng mamak die sedap.
Kat sane terpikir plak pasal orang yang selalu kate Malaysia ni ade racial harmony.
Ade jugak yang kate racial disunity ataupun unfair treatment to minority (hal bumiputra semua tu)

Aku kate Malaysia ade racial harmony.
Buktinya?
Ade beberapa tempat yang patut dilawat untuk membuktikannya:
1-Kedai mamak - kita order benda sama, makan benda sama, minum benda sama, kadang2 duduk pun sama2. Terima kasih kat mamak!
2-Kedai gunting rambut - kat Subang Jaya, banyak kedai dipunyai orang india. Yang gunting rambut aku semua orang india. Barber favourite aku pon orang india! Kat kedai 2, melayu, cina, india, mat salleh pon ade lawat.
3-Sekolah Kebangsaaan - contoh terbaik la. Kat sane la kita dididik untuk berinteraksi sesama kaum berlainan jenis. Belajar bersama2, main bersama2, gelak bersama2; semua bersama2! Aku ada banyak kawan bukan melayu. Diorang jugak antara faktor utama aku ace English. Thanks pals!

Mungkin ada lagi tempat yang x disebut tetapi memainkan peranan yang sama. Kalau korang ada tempat yang aku x sebut, sila2 lah beritahu.
Lain tempat, lain demografi penduduk dia kan?
Kira x semua dapat merasai bergaul dengan pelbagai kaum seperti aku. Alhamdulillah aku membesar di Subang Jaya di mana Melayu adalah kaum minoriti! Membuat aku berasa patriotik pulak.

Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
Malaysia Boleyyyyy!

ps - tahniah kepada Erin sbb dapat masuk ASWARA. Akhirnya aku ade kawan penari! Ada gaya!

2 comments:

Anonymous said...

aiyoo..jgn la kate begitu!segan i..hik3..nyway.thanx a lot!

hopefully aku mjd penari profesional yg bjaye..yeay!:)

Shamsul Aizat said...

aku sokong. tgk je kat kedai mamak. ari tuh aku g khulafa, ade org melayu, cina n india. that's racial unity. makan sama2.