Sunday, July 18, 2010

Mak Cik Cleaner

"Tingkat ni banyak Cina ke?" tanya mak cik tu.
"Tak la. Banyak Melayu. Kenapa mak cik?" aku tanya balik.
"Kenapa bersepah sangat lantai ni dengan tisu??" "Baru sehari takde orang cuci. Huh" keluh mak cik tu.

Kesian mak cik cleaner. Seksa dia kena bersihkan tandas tu. Tisu berterabur kat lantai, melekat2. Abu rokok dengan puntung rokok berterabur merata2. Ade je tong sampah dengan pasir untuk cucuh rokok tu, tapi orang suka bawak masuk jamban.
Mak cik tu baik. Tandas tu dia tutup untuk bersihkan, tapi dia masih kasi aku masuk untuk aku tukar baju. Berborak2 la kite.

Tandas tu memang kotor. Nama je kerja kat bank.

Orang2 sini terlalu selesa ada orang tolong bersihkan tandas 4x sehari. Tak pernah rasa kasihan dan beryukur.
Tolong lah, mak cik cleaner tu manusia biasa jugak. Ade perasaan, ade rase penat. Tak kesian ke kat dia?

"Diorang tu taktau ke mak cik keje teruk bersihkan tandas ni? Nak buat kerja HALAL pun susah. Takde orang hargai."

Tukang kutip sampah, tukang bersihkan longkang, sapu jalan, mak cik cleaner, semua ni kerja yang orang pandang hina dan remeh.
Tapi orang tak tau ke ni la kerja yang paling penting kat negara kita ni?
Tong sampah tak penuh berulat busuk penuh gagak; longkang tak tersumbat sampai banjir, jalan takde bangkai, selut, tanah, selamat untuk kereta dan motor; tandas pejabat dan awam tak busuk, najis bersepah2, busuk dan rosak, geli dan berkuman.
Takde diorang, sumpah korang taknak tinggal sini.
Hargai pengorbanan orang lain. Lagi2 mereka yang berusaha bersungguh2 untuk memberikan kita kesenangan dan keselesaan.
Gaji diorang mungkin sikit, tapi mereka la yang sanggup buat semua kerja yang kita tak sanggup buat.

"Mak cik buat kerja halal dik. Kat luar sana tu banyak makan gaji haram. Kereta besar, tapi rumah flet je. Dik rase camne die dapat kereta tu?"

Wallahualam.

Mak cik la hero negara.

3 comments:

I am SNS said...

aku slalu sedih tgk org2 bongok being so rude & belagak ngn makcik2 cleaner. Nama je blaja kt universiti tp bongok!
Asal ade je makcik cleaner indon tu nak naik lif, cpt2 dia tekan supaya pintu lif tu tutup. Among statements yg aku penah dgr; 'cleaner tu busuk la', 'dh la cleaner, indon plak tu, naik je la tangga, mengada btl'..
Kesian makcik2 tu, diorg kn tlg jaga kebersihan utk kita, respect la diorg. BJn susah pn. Treat people the way u want to be treated.

Mysterious Lady said...

thank you for reminding all of us

Mohd Faizal Bin Nor Azmi said...

u gave me another perpective of life

jazakallahukhairan