Sangat susah nak create post.
Lambat gila dia nak keluar.
Bayar mahal2 Streamyx, tapi macam ni service dia beri kat aku??
Bak kata John, BALIK TANAM JAGUNG LA WEI!!!
Ubah angin pula. Coretan dalam bahasa ibunda.
Bukan apa, sesetengah cerita lebih masyuk kalau dalam bahasa yang lebih senang tangkap.
Maaf sudah lama tak update blog.
Da berzaman kan?
Haha!
Rasakan penangan malas. Azab wehhh...
Dah la Streamyx lagi lambat dari siput.
Banyak event berlaku minggu ni.
10 Julai, aku dengan adik aku tengok cerita Hellboy II. Dulu Supersapiens! Poyo je Censorship Board kita nih. Cerita boleh tahan, tapi ending dia hampeh la bagi aku. Camtu je ke Golden Army?? Kesian Abe, cinta tak kesampaian. Hampir setiap minggu aku ngan adik aku keluar tengok wayang. Tapi kebanyakan cerita hampeh dan agak mengecewakan. Aku nih tinggi sikit evaluasi terhadap cerita nih. Ada je yang tak kena. Perfectionist. Sebab tu tak suka tengok cerita Melayu. Haha!
11 Julai, hari jadi GenGen. Terima kasih kerana tak sekalipun rosak untuk hantar kami trio ke kelas.
Nak kasi alasan untuk ponteng pon susah.
Bumbung untuk halang kami guna alasan hujan lebat.
Enjin halang kami guna alasan jauh dan lambat.
Happy Birthday GenGen. Terima kasih Aizat sebab membawa GenGen ke dalam hidup kami.
Haha!
12 Julai, aku kerja half day. Sumpah tak best kerja hari Sabtu, walaupun half day!
Malam tu kami sekeluarga keluar makan di The Ship untuk menyambut hari jadi mak.
Hari jadi beliau bukan hari tersebut, tapi keesokannya. Saja carik alasan untuk makan di restoran mewah. Hehe!
Sepatutnya juga malam tu main futsal ngan UiTM boys, tapi apakan daya, mak lagi penting.
Tak sempat jugak la weh, walaupun main pukul 9. Sori.
Gian nak main ngan korang.
Tapi aku dah main setiap minggu. So, cukup la kuota futsal aku. Haha!
13 Julai, ialah hari jadi mak aku yang ke-43! Wow! Tak macam 43 pon. Muda lagi la mak.
Chef terhebat dalam hidup aku sudah 43 tahun di dunia nih. Dah jaga aku 21 tahun.
Terima kasih mak.
Nanti abang dah hidup senang sikit abang upah orang gaji sorang dua. Hehe.
Menyusahkan mak je kerja anak mak bujang sorang nih.
Oh ya! Welcome Samir Nasri to Arsenal! Lambat benar kau nak daftarkan diri ye??
Jersi Arsenal baru boleh tahan la. Tunggu Viet balik Bachok la, order satu jersi.
Arsenal yang baru. Musim lepas saaaaaaaaaaaangaaaaaaaaaaaaaaat mengecewakan bagi aku.
Leading punya lama, last2 kantoi di penghujung jalan.
Aih, macam aku jer dalam pelajaran...
Sudah la beri Mancis gelaran juara liga! Pedih sial. They don't deserve it. Apa2 pon diorang tak layak terima. Such is my hatred for the Mancs.
Takde dah coretan lagi. Puas dah untuk bulan nih. Nak tunggu aku update lagi?
Bulan depan kot. Haha!
Suka hati aku la. Blog aku.
Just another random ramblings.
-out-
4 comments:
"Sama-sama", kata GenGen.
GenGen boleh berkata2!
memang hebat kereta hitam!
walaupon jarang2 update, tapi bila update je..bagus! padat dan penuh info! hehe...
aku suke balas komen je.
sebab sekejap je.
x macam buat post baru.
Post a Comment