Apa yang aku harapkan?
Apa yang aku impikan?
Keliru. Sungguh. Celaru.
Tak tahu apa yang aku nak. Tak tahu jalan apa yang aku harus ambil.
Adakah sebab nawaitu aku dulu lain dari apa yang aku nak sekarang?
Dulu nawaitu aku nak jadik pilot selepas belajar. Aku nak pass fizik dengan add maths supaya cukup syarat.
Alhamdulillah, aku dapat lebih dari apa yang aku sasarkan.
Rezeki bertambah murah apabila diberi peluang untuk sambung belajar di UiTM.
Tapi nawaitu aku nak menjadi juruterbang. Ayah tahu, adik tahu.
Tapi ayah mahu ku teruskan belajar sebagai pelapik di kala waktu susah. Aku paham dan aku setuju.
Manusia hanya boleh merancang, Allah SWT menentukan.
Adik aku meninggal dalam usaha mencapai cita2 aku dan dia.
Hati berbelah bagi.
Kalau teruskan cita2, mak mesti sedih dan fobia, ayah juga.
Aku ada degree perakaunan, macam2 boleh ambil.
Tapi, tu la. Niat tak sama. Nak buat keputusan pun tak tahu.
Jadi memilih, terlalu pandang ke hadapan, over ambitious.
Akhirnya apa2 pun tak dapat.
Istikharah dan doa supaya keputusan yang tepat dalam hidup dapat dibuat.